-Asy-Bella-Dirah-Punya-Blog-

Wednesday, August 17, 2011

Keselamatan Dan Etika Pengguna


1.Perisian tidak boleh disalahgunakan seperti :
  • Menggunakan kemudahan perisian universiti bagi tujuan yang tidak bermoral dan tidak berfaedah.
  • Membuat salinan perisian yang berlesen kecuali mendapat kebenaran.
2. Pengguna dilarang untuk memuat turun  perisian-perisian bukan untuk tujuan akademik.

3. Bagi mengelakkan daripada kecurian komputer :
  • Perlatan-peralatan komputer tidak boleh diletakkan di kawasan laluan umum dan bilik tanpa ciri-ciri keselamatan. 
  • Perlu diletakkan pelekat �STANDARDS MALAYSIA�.
  • Semua peralatan ICT mestilah berada dalam tahap kawalan dan keselamatan yang sempurna.
4. Semua staf adalah tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972.
  • Semua electronic mail yang dibina atau disimpan di dalam sistem boleh dicapai oleh Jabatan jika terdapat keperluan undang-undang. 

Keselamatan Perangkaian Dan Komunikasi


  • Sebarang perisian yang boleh menceroboh keselamatan rangkaian dan komunikasi tidak dibenarkan penggunaannya sama sekali melainkan mendapat kelulusan JICTU.
  • Kelulusan khas daripada JICTU adalah diperlukan bagi penyambungan rangkaian ke organisasi luar dan premis-premis yang bukan di bawah kawalan universiti.
  • Menyediakan firewall�  dan Intrusion Detection System (IDS) atau Intrusion Prevention System (IPS) sebagai salah satu kaedah keselamatan komputer dari  pencerobohan dan gangguan rangkaian.
  • Menyediakan perisian antivirus yang berkesan bagi mengawal penyebaran virus komputer.

Keselamatan Perisian



Bahagian Luaran
  • Perlu menyediakan system backup yang baik bagi menjamin data penting Jabatan disimpan dengan selamat.
  • Backup tape perlu disimpan dalam ruang yang selamat daripada bencana   kebakaran.
  • Tape  untuk perisian yang asal perlu disimpan ditempat yang selamat.
  • Perisian yang ada perlu dipastikan mempunyai kawalan capaian perisian yang sesuai bagi  mengelakkan data/ maklumat daripada terpadam.
  • Setiap perisian perlu mempunyai lesen perisian yang sah dari segi undang-undang.
  • Setiap perisian perlu ada perisian backup sebagai keselamatan data/maklumat.
  • Setiap installation perisian-perisian yang menggunakan konsep client-server perlu di bawah seliaan Unit Teknologi Maklumat.
  • Satu salinan manual dan manual konfigurasi (difailkan) perlu disimpan di Bilik Fail.
Bahagian Dalaman

  • Bagi mengelakan pencerobohan data/maklumat daripada berlaku, password administrator perlu selalu kerap diubah.
  • Perisian-perisian antivirus yang terkini perlu disediakan bagi mengelakkan serangan virus computer.
  • Pengguna tidak boleh membenarkan pengguna lain menggunakan akaunnya untuk memasuki sebarang sistem.
  • Pengguna bertanggungjawab terhadap keselamatan data/ maklumat masing-masing.


Friday, August 12, 2011

Keselamatan Fizikal

Peralatan ICT

  1. Bekalan elektrik yang stabil perlu disediakan
  2. Lighting Arrester perlu disediakan pada bangunan tinggi bagi melindungi pancaran kilat
  3. Perkakasan komputer dan rangkaian perlu dipasangkan UPS dan Surge Arrestor bagi menstabilkan bekalan elektrik di samping dapat mencegah daripada kemusnahan data / maklumat
  4. Perlu disimpan atau diletakkan di tempat yang sesuai dan terkawal
  5. Tidak dibenarkan mengubah lokasi alatan ICT tanpa kebenaran JTMB
  6. Alatan ICT tidak boleh diletakkan pada tempat yang berhampiran dengan saluran paip atau di bawah alatan yang boleh menghasilkan air seperti alat penghawa dingin
  7. Alatan keselamatan  perlu diselenggara secara jadual
Ruang

  1. Ruang tidak terlalu sempit
  2. Adanya kawalan keselamatan lain seperti smoke detector
  3. Menggunakan kaedah penghawa dingin yang dipasang dari lantai bagi mengelak air penghawa dingin menitik di atas komputer atau lain-lain kaedah yang bersesuaian untuk bilik server atau bilik switch
  4. Tahap pengcahayaan yang sesuai perlu diambil kira bagi mengelakkan cahaya yang terlalu gelap mahupun terlalu terang
  5. Memastikan bilangan power socket mencukupi
  6. Semua kerja-kerja pendawaian perlu diperkemaskan menggunakan saluran trunking yang sesuai
  7. Memastikan alat litar pintas yang terkawal atau yang asing dipasang bagi mengelakkan kebakaran berlaku
  8. Memastikan bahawa jeriji dan pintu keluar keselamatan disediakan di setiap makmal komputer